Rasuah pinjaman RM11.3 juta: Bekas pegawai bank antara 5 ditahan SPRM

Iklan
Lima termasuk bekas pegawai bank ditahan SPRM Sabah kerana disyaki terima rasuah RM300,000 bagi meluluskan pinjaman RM11.3 juta menggunakan dokumen palsu. - Gambar hiasan

SANDAKAN – Lima lelaki termasuk seorang bekas pegawai bank ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki menerima suapan berjumlah kira-kira RM300,000 sebagai dorongan meluluskan pinjaman kewangan bernilai RM11.3 juta.

Kesemua suspek, yang berusia lingkungan 20-an hingga 40-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sandakan antara jam 2 petang hingga 7 malam Rabu.

Iklan
Iklan

Mereka dipercayai menerima suapan daripada pemilik sebuah syarikat sebagai ganjaran meluluskan permohonan pinjaman kewangan yang disertakan dengan dokumen sokongan palsu.

Siasatan awal mendapati kesemua suspek terlibat dalam aktiviti rasuah berkenaan sejak tahun 2022 hingga 2024 melibatkan kelulusan pinjaman berjumlah keseluruhan RM11.2 juta kepada 39 pemohon.

Iklan

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan penahanan kelima-lima suspek tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan sebagai dorongan untuk melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi.

Iklan

"Penahanan ini adalah hasil kerjasama antara SPRM Sabah dengan Unit Audit Dalaman salah sebuah institusi kewangan tempatan,” katanya.

Menurut Karunanithy lagi, permohonan reman terhadap kesemua suspek akan dibuat di Mahkamah Sesyen Sandakan pada Khamis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.