Sewa tertunggak akibat sikap bertangguh bayar

Iklan
Masih ramai penghuni rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu kota masih bergelut dengan tunggakan bayaran. Gambar hiasan, gambar kecil dari kiri: Normah, Nasri

KUALA LUMPUR - Di sebalik harga sewa yang dikatakan ‘mampu milik’, hakikatnya ramai penghuni rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di ibu kota masih bergelut dengan tunggakan bayaran.

Tinjauan Sinar Harian di PPR Kampung Muhibbah, di sini mendapati kebanyakan penghuni memberi alasan tidak mampu membayar sewa kerana tiada pendapatan tetap termasuk bagi mereka yang telah menghuni lebih satu dekad.

Iklan
Iklan

Menurut ibu kepada sembilan cahaya mata, Kamsiah Mat Aris, 52, pendapatan bersih yang tidak menentu hasil berniaga kecil-kecilan telah menyukarkan urusan kewangannya termasuk melunaskan bayaran sewa dan utiliti.

"Kalau ikutkan sewa sebulan RM124 sahaja, tetapi kadang-kadang ada juga yang saya terlepas dan tidak mampu bayar. Saya dah duduk di sini (PPR Kampung Muhibbah) 19 tahun.

Iklan

"Dahulu pernah tunggakan saya mencecah RM5,000 kerana keadaan ekonomi terhimpit dan anak-anak juga masih kecil dan kemudian saya minta tolong daripada Baitulmal untuk selesaikan, ini realitinya dan saya tidak mahu menipu.

"Alhamdulillah, sekarang saya sudah stabil sedikit untuk bayar sewa tanpa tangguh dan anak pun hanya tiga yang masih bersekolah. Cuma kini saya bergelut untuk selesaikan tunggakan air yang masih berbaki RM1,300,” katanya pada Isnin.

Iklan

Seorang lagi penyewa di PPR sama sejak 2007, Normah Mat, 64, berkata, selain beban hidup yang semakin meningkat, sikap culas penghuni turut menjadi salah satu faktor hutang sewa menjadi tertunggak.

Dia mengakui turut berdepan dengan kesukaran untuk membayar sewa ketika mula mendiami rumah tersebut menyebabkan tunggakan mencecah RM3,000.

"Tetapi, kebanyakan isu yang saya dengar di sini, mereka lambat bayar kerana sikap suka bertangguh dan akhirnya hutang tersebut jadi banyak sehingga RM20,000 pun ada,” ulasnya.

Berbeza pula dengan Nasri Ismail, 60, yang kini pemilik unit rumah di PPR selepas menyewa pada 21 tahun lalu.

Menurutnya, sikap culas dan ‘nanti bayar’ sering menjadi budaya penghuni PPR walaupun jumlah sewa berkenaan kecil yang akhirnya membawa kepada tunggakan beribu ringgit.