NEW DELHI - Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
"Hari ini, pelancaran ke-101 telah dicuba, prestasi PSLV-C61 adalah normal sehingga peringkat kedua. Namun, pada pemerhatian peringkat ketiga, misi tidak dapat diselesaikan," kata Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India (ISRO) menerusi platform media sosial X.