Enam beradik satu jiwa
Iklan
Mohd Zakaria (berdiri, tiga kiri) bersama adik-beradiknya yang bergelar guru. pensyarah.
JOHOR BAHRU - Agak jarang sebenarnya untuk menemui sebuah keluarga yang secara majoriti berkerjaya sebagai pendidik sama ada sebagai guru di sekolah mahupun sebagai pensyarah di institusi pengajian tinggi.
Namun, itulah realitinya, bagi seorang pesara guru, Mohd Zakaria Yusof, 69, apabila enam daripada tujuh adik beradiknya memilih kerjaya sebagai pendidik sementara seorang memilih kerjaya di bidang korporat.
Iklan
Iklan
Malah ketika ini adik bongsu Mohd Zakaria masih mengajar sementara salah seorang daripada enam anaknya kini mengikut jejak langkahnya sebagai guru dan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Assunta, Petaling Jaya.
Menceritakan mengenai kerjayanya sebagai seorang guru, Mohd Zakaria berkata, beliau mula berkhidmat sebagai seorang guru di SMK Tengku Mahmud Sungai Mati, Muar, Johor pada 1978.
Iklan
Beliau bertukar ke Maktab Sultan Abu Bakar Johor Bahru pada 1989 dengan jawatan terakhirnya sebagai Guru Kanan Panitia.
"Saya merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan ketika bergelar guru dahulu, saya mengajar hampir semua mata pelajaran.
Iklan
"Bagaimanapun, tiga mata pelajaran iaitu Sains, Biologi dan Matematik merupakan paling kerap dipertanggungjawabkan kepada saya untuk mengajar.
"Tapi alhamdulillah, saya dapat laksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan mengajar kesemua mata pelajaran berkenaan,” katanya.
Tambah Mohd Zakaria, pengalaman mengajar di kawasan luar bandar dan bandar telah memberinya perspektif berbeza terhadap penghargaan masyarakat terhadap guru.
Katanya, perkara itu agak ketara terutamanya ketika bergelar seorang guru pada era 70-an dan 80-an lalu.
"Di kampung-kampung misalnya, masyarakat sangat hormat guru kerana ketika itu tak ramai golongan profesional.
"Tetapi apabila berpindah ke bandar, peranan guru kelihatan kurang dominan kerana masyarakat di bandar didominasi oleh kerjaya lain,” katanya yang juga pemegang Ijazah Sarjana (Pengurusan Pendidikan) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.