SOP konvoi keselamatan ketat
Iklan
Jarak pemanduan pergerakan antara kenderaan, ketetapan had laju dan tahap kesihatan pemandu antara SOP wajib dipatuhi anggota keselamatan negara termasuk FRU. Gambar hiasan
SHAH ALAM - Jarak pemanduan pergerakan antara kenderaan, ketetapan had laju dan tahap kesihatan pemandu antara prosedur operasi standard (SOP) yang wajib dipatuhi anggota keselamatan negara termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Penganalisis keselamatan, Zaki Salleh berkata, konvoi atau pergerakan melibatkan kenderaan tentera dan polis dilaksanakan dengan sistematik selepas mendapat arahan daripada pegawai bertugas, bahkan tidak boleh dilanggar sesuka hati.
Iklan
Iklan
Menurutnya, faktor keselamatan seperti keadaan kenderaan juga ditentukan oleh pemandu sebelum memulakan perjalanan ke destinasi tertentu.
"Sebelum itu, akan ada taklimat tentang pergerakan susulan misalnya kenderaan apa yang berada di depan, di tengah serta di belakang.
Iklan
"Jika dilihat kes kemalangan melibatkan trak FRU, kejadian berlaku di kawasan kampung serta jalan persekutuan, jadi had laju mungkin antara 70 hingga 80 kilometer (KM) per jam. Anggota FRU memang takkan bawa melebihi had laju ditetapkan.
"Kalau trak FRU, pegawai akan jelaskan berapa had laju dibenarkan kemudian mereka wajib berhenti untuk berehat,” katanya.
Iklan
Mengulas lanjut, Zaki memaklumkan, trak tentera atau polis berbeza dengan kenderaan awam memandangkan fungsinya adalah untuk mengangkut anggota di bahagian tempat duduk belakang dan reka bentuknya yang terbuka menyumbang kepada risiko kemalangan buruk.
Pada Selasa, tujuh konvoi kenderaan FRU dalam perjalanan pulang ke Ipoh setelah selesai penugasan perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak.
Bagaimanapun, kenderaan membawa 18 anggota yang berada pada kedudukan kelima konvoi itu telah dirempuh lori membawa muatan batu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>