'Golongan kaya tak boleh sembunyi pendapatan, elak cukai' – Anwar
Iklan
Anwar
CYBERJAYA – Perdana Menteri menegaskan golongan yang memiliki sumber kewangan lebih besar tidak boleh terus menyembunyikan pendapatan melalui pelbagai lapisan urus niaga dan helah perakaunan bagi mengelak tanggungjawab membayar cukai.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keadaan itu tidak adil kepada pekerja yang jujur membayar cukai daripada pendapatan mereka, sedangkan pihak yang lebih berkemampuan mengambil kesempatan untuk mengelak tanggungjawab berkenaan.
Iklan
Iklan
“Tidak adil sekiranya pekerja yang jujur terus membayar cukai daripada pendapatan mereka, sedangkan pihak yang memiliki sumber kewangan lebih besar terus menyembunyikan pendapatan melalui pelbagai lapisan urus niaga dan helah perakaunan.
“Keadilan menuntut supaya undang-undang percukaian dilaksanakan secara saksama,” katanya.
Iklan
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan sempena Sambutan Hari Inovasi dan Integriti HASiL 2026 di Menara HASiL, di sini pada Selasa.
Menurut Anwar, keadilan percukaian adalah tonggak ketamadunan dan aspirasi Malaysia Madani.
Iklan
"Dalam dunia yang penuh berantakan dewasa ini, kita harus mencontohi ikhtiar mantan Menteri Kewangan Britain, David Lloyd George. Melalui People's Budget 1909, beliau mengenakan cukai lebih tinggi terhadap golongan kaya dan pemilik harta bagi membiayai pencen warga emas.
"Meskipun ditentang golongan bangsawan, belanjawan itu akhirnya diluluskan dan menjadi antara asas negara kebajikan Britain," jelas beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dalam sejarah Islam pula, Saidina Umar al-Khattab menegaskan bahawa cukai tanah atau kharaj mesti mengambil kira keadaan tanah dan kemampuan petani.
"Beliau mengingatkan pegawainya supaya tidak mengenakan cukai yang melampaui kemampuan rakyat," katanya.
Tambah Anwar, pelaksanaan e-Invois merupakan antara instrumen penting untuk menegakkan keadilan dalam sistem percukaian melalui rekod urus niaga yang lebih telus serta pengesanan ketidakpatuhan.
"Inilah teknologi yang mengangkat nilai manusiawi, bukan menggantikan pertimbangan manusia," katanya lagi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM"><meta itemprop="description" content="KLIA makin canggih, penyeludup dadah beralih ke lapangan terbang lain termasuk Pulau Pinang, Kota Bharu - PM
Penyeludup dadah kini dipercayai beralih menggunakan lapangan terbang lain termasuk di Pulau Pinang dan Kota Bharu selepas menyedari penggunaan teknologi pengesanan lebih canggih di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan taktik itu menyebabkan kerajaan perlu memperluas penggunaan teknologi kamera litar tertutup (CCTV) analitik kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan kegiatan penyeludupan dadah di pintu masuk negara.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803074/berita/nasional/klia-makin-canggih-penyeludup-dadah-beralih-ke-lapangan-terbang-lain-termasuk-pulau-pinang-kota-bharu---pm
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuseludupdadah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T06:19:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P98S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1wtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1wtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1wtu"></script>