Kelas 80 tahun di SMZ jadi galeri simpan barangan peribadi diraja
Iklan
Nik Maheran (kiri) melihat kerusi yang bakal menjadi koleksi di Galeri Diraja Tengku Anis.
KOTA BHARU – Pinggan mangkuk, persalinan peribadi dan perabot milik Raja Perempuan Tengku Anis akan diabadikan dalam sebuah galeri khas di Sekolah Menengah Zainab (SMZ), Jalan Telipot di sini.
Lebih menarik, kelas yang diubah suai sebagai Galeri Diraja Tengku Anis itu sudah berusia lebih 80 tahun dan telah diwartakan sebagai bangunan warisan.
Iklan
Iklan
Pengerusi Alumni Sekolah Menengah Zainab (Semenza), Prof. Datuk Dr Nik Maheran Nik Muhammad, berkata pembinaan galeri tersebut sesuai diadakan di sebuah sekolah yang kini berusia 88 tahun.
"Kami mengambil inisiatif ini selepas menerima idea daripada Raja Perempuan Tengku Anis untuk menubuhkan galeri yang dijangka siap akhir Jun depan,” katanya ketika meninjau galeri itu pada Rabu.
Iklan
Jelas beliau, galeri tersebut juga akan mengangkat kembali sejarah SMZ yang merupakan antara sekolah tertua di negara ini serta telah melahirkan ramai cendekiawan, termasuk bekas Menteri Pelancongan, Tan Sri Ng Yen Yen dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.
Dalam pada itu, Nik Maheran memberitahu bahawa bekas pelajar juga digalakkan menyumbang, terutama gambar-gambar semasa di sekolah, sebarang anugerah yang pernah diterima daripada keluarga Diraja Kelantan, selain sumbangan wang tunai.
Iklan
Jelas beliau, bagi merealisasikan hasrat tersebut, Tengku Anis turut memberi sumbangan peribadi bagi menaik taraf kelas terbabit dan menjadikan galeri itu lebih ceria.
"Alumni SMZ yang mahir dalam dekorasi serta reka bentuk boleh tampil untuk bekerjasama memastikan galeri ini lebih menarik dan moden,” katanya.
Tambah beliau lagi, galeri berkenaan juga akan ditambah baik dari semasa ke semasa, termasuk pembinaan 'walk of fame' atas nama penyumbang, pondok ilmu untuk kemudahan pelajar dan peralatan dekorasi luar di kawasan galeri.
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.