Lelaki maut, lori rempuh lori

Iklan
Keadaan lori mangsa yang merempuh belakang sebuah lori membawa muatan tong gas. Foto: Ihsan polis

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah lori membawa muatan gas di Kilometer 244.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada Rabu.

Kejadian jam 6.10 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 56 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian melibatkan dua buah lori yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Hino yang dipandu mangsa dipercayai mengekori rapat lori di hadapannya yang membawa muatan gas sebelum hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori tersebut.

Iklan

"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk bedah siasat, manakala pemandu lori gas tidak cedera.

Iklan

Justeru, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Syakinah Ahmad di talian 06-6033394 atau hadir ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.