Tiga anak Pamela Ling akan direkod keterangan - Polis

Iklan
Rusdi

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tiga anak Datin Seri Pamela Ling Yueh pada 9 April lalu yang berada di Singapura akan direkod keterangannya oleh polis dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, setakat ini seramai 27 orang saksi telah diambil keterangan.

Iklan
Iklan

"Tiga anak beliau (Pamela Ling) yang berada di Singapura akan diambil keterangan dalam masa terdekat.

"Kes ini masih dalam siasatan dan keterangan juga akan diambil ke atas lain-lain saksi di sana (Singapura) jika ada," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Sebelum itu, media tempatan melaporkan siasatan polis melibatkan kes kehilangan wanita berusia 42 tahun itu turut memberi tumpuan kepada kemungkinan mangsa melarikan diri ke luar negara menggunakan dokumen atau pasport milik individu lain.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kemungkinan itu antara intipati elemen siasatan yang sedang dijalankan.

Iklan

Pergerakan Pamela untuk keluar negara telah disekat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa agensi itu menjalankan siasatan ke atas wanita berkenaan.

Polis dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) juga sedang mengatur proses rakam keterangan anak Pamela yang kini berada di Singapura.

Pada 5 Mei lalu, media melaporkan polis menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung kes kehilangan Pamela termasuk dakwaan dia dilarikan oleh pihak polis atau individu yang menyamar sebagai pegawai polis semasa dalam perjalanan ke Ibu pejabat SPRM Putrajaya.