Ramasamy berdepan 17 pertuduhan salah guna kuasa - SPRM

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy akan didakwa di mahkamah esok.

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat kebenaran untuk mendakwa bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy atas 17 pertuduhan kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan ketika menjawat jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang (LWHNPP).

Pertuduhan dijadualkan dibacakan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Seberang Perai, Pulau Pinang, pada jam 9 pagi, Rabu.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, daripada keseluruhan pertuduhan, 13 daripadanya melibatkan pembelian pedati emas manakala empat lagi membabitkan dua kelulusan bantuan pendidikan serta dua kelulusan bantuan perubatan LWHNPP.

"Bagi pertuduhan berkaitan pembelian pedati emas, Ramasamy didakwa telah menyalahgunakan kedudukan untuk memperoleh wang kira-kira RM300,000 daripada Akaun Peruntukan Khas LWHNPP sekitar tahun 2019.

Iklan

"Empat pertuduhan lain membabitkan tindakan meluluskan Bantuan Pendidikan dan Bantuan Perubatan sekitar tahun 2020 hingga 2022 tanpa melalui mesyuarat jawatankuasa LWHNPP," katanya pada Selasa.

Tambah sumber itu, siasatan terhadap Ramasamy dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, manakala pertuduhan akan dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Iklan