Tragedi FRU: Veteran keselamatan dakwa trak tidak sesuai untuk jalan raya

Iklan
Keadaan lori Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terbabit kemalangan dengan muatan lori batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada Selasa. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Penggunaan trak yang tidak sesuai sebagai pengangkutan anggota keselamatan dikhuatiri akan menyebabkan impak kecederaan yang tinggi sekiranya berlaku kemalangan.

Menurut seorang veteran anggota keselamatan, Md Zaidi Sujak, struktur kenderaan trak tidak dilengkapi ciri keselamatan yang kukuh untuk melindungi penumpang terutama apabila digunakan di jalan raya.

Iklan
Iklan

"Kerusi panjang di bahagian kiri dan kanan tanpa alat keselamatan berpotensi menyebabkan impak yang tinggi sekiranya berlaku pelanggaran.

Jaring-jaring besi di kiri dan kanan sebagai dinding pelapik kanvas juga meningkatkan risiko kecederaan kepada penumpang.

Iklan
Hantaran Md Zaidi di Facebook miliknya pada Selasa.

"Kebarangkalian untuk mangsa tercampak keluar dari kenderaan adalah sangat tinggi, saya anggarkan 99.9 peratus,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Selasa.

Negara dikejutkan dengan insiden kemalangan maut yang menyayat hati melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).

Iklan

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin telah mengesahkan identiti sembilan anggota FRU yang terkorban dalam nahas jalan raya di KM15, Jalan Sungai Manik, Teluk Intan pada Selasa.

Kesemua mangsa adalah anggota lelaki berusia antara 28 hingga 46 tahun dan senarai nama mereka telah dikeluarkan serta disahkan oleh Ibu Pejabat FRU.

Dalam pada itu, Md Zaidi berpendapat, kenderaan trak hanya sesuai digunakan di kawasan operasi atau untuk pergerakan konvoi yang bergerak perlahan.

"Perkongsian ini adalah pandangan ikhlas untuk penambahbaikan, bukan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Pandangan ini juga lahir daripada pengalaman sendiri kerana saya pernah kehilangan sahabat seperjuangan dalam kemalangan membabitkan trak seperti ini. Al-Fatihah buat perwira negara yang telah gugur,” katanya.