Gudang simpan cat dan bahan kimia terbakar
Iklan
Api marak dan kepulan asap hitam berpunca daripada cat dan bahan kimia yang disimpan dalam gudang terbabit.
BUKIT MERTAJAM - Sebuah gudang menyimpan cat dan bahan kimia di Jalan Permatang Tinggi, Simpang Ampat di sini musnah kira-kira 70 peratus dalam kebakaran yang berlaku pada Sabtu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.11 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi 16 minit kemudian.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah gudang di kawasan Eng Lee Estate yang menempatkan bahan mudah terbakar termasuk cat, 'methanol' dan 'toluene' hingga menyebabkan api marak serta mengeluarkan asap hitam.
Anggota bomba sedang melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran.
Iklan
"Ketika anggota bomba sampai, kebakaran dilaporkan telah merebak ke premis bersebelahan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Mohamad Shoki berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 2.50 petang dan operasi pemadaman masih diteruskan.
Iklan
Katanya, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam insiden ini.
Seramai 30 anggota bomba dari lima balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda, Bukit Mertajam, Sungai Bakap, Batu Kawan dan Jalan Perak, termasuk Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terlibat dalam kerja-kerja memadamkan kebakaran.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan"><meta itemprop="description" content="40,000 pesawah MADA masih belum terima baja tambahan
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keskelewatanpenerimaanbajatambahan #bajatigpesawah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-13T10:10:51.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaxe1em"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaxe1em"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaxe1em"></script>