NEW DELHI – India akan mendedahkan butiran kerugian dalam ketegangan yang sedang berlaku dengan Pakistan"pada masa yang sesuai”, kata seorang pegawai kerajaan kepada CNN.
"Kami menghormati mereka yang terkorban demi negara. Hati nurani kami jelas. Operasi Sindoor masih berjalan dan butiran lanjut akan dikongsikan apabila tiba waktunya,” katanya.
Iklan
Iklan
Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan Pakistan bahawa mereka telah menembak jatuh lima jet pejuang India dalam siri serangan udara baru-baru ini yang menyasarkan kawasan di Pakistan dan Kashmir yang dikuasai Pakistan.
Setakat ini, pihak berkuasa India tidak mengesahkan mahupun menafikan kehilangan pesawat pejuang tersebut, manakala media antarabangsa masih belum dapat mengesahkan dakwaan tersebut secara bebas.
Insiden ini berlaku dalam suasana tegang susulan serangan di Kashmir yang ditadbir India bulan lalu, yang telah meragut nyawa 26 orang awam.