Pelajar perempuan tikam guru selepas semak kertas peperiksaan Matematik

Iklan
Remaja berkenaan mengeluarkan sebilah pisau sebelum menyerang mangsa secara tiba-tiba. Foto: Agensi

CAMETÁ – Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun ditahan kerana didakwa menikam gurunya di sebuah sekolah di Brazil, tidak lama selepas kertas peperiksaan Matematiknya dinilai.

Kejadian berlaku pada 11 September di Sekolah Negeri Dr Gerson dos Santos di Cametá, sebuah bandar di negeri Pará, utara Brazil.

Iklan
Iklan

Rakaman video kejadian menunjukkan pelajar terbabit berdiri berhampiran meja gurunya, Betânia de Almeida di dalam sebuah bilik darjah yang ketika itu kosong.

Remaja berkenaan kemudian dilihat mengeluarkan sebilah pisau sebelum menyerang mangsa secara tiba-tiba.

Iklan

De Almeida sempat mengelak dan cuba merampas senjata daripada pelajarnya ketika berlaku pergelutan.

Rakaman sama turut menunjukkan pelajar terbabit cuba menyerang mangsa sekali lagi berhampiran bahagian muka sebelum guru tersebut berjaya melarikan diri dari bilik darjah.

Iklan

Pelajar itu kemudian dilihat mengejar gurunya keluar dari kelas sebelum ditahan di lokasi kejadian.

Menurut laporan Polis Awam Pará, remaja berkenaan memberitahu pegawai bahawa dia menyerang De Almeida kerana tidak menyukai gurunya itu.

Seorang ahli keluarga mangsa pula memberitahu portal berita Brazil, G1 bahawa kejadian berlaku selepas De Almeida selesai menilai kertas peperiksaan pelajar tersebut.

Mangsa dikejarkan ke Hospital Wilayah Cametá untuk menerima rawatan dan jahitan sebelum dibenarkan keluar.

Pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT) mendapati luka tikaman yang dialaminya tidak menjejaskan organ dalaman.

Menurut peguam yang berpangkalan di Cametá, Thays Cruz, pelajar itu yang masih di bawah umur akan berdepan proses mengikut Statut Kanak-Kanak dan Remaja Brazil.

Beliau berkata, kesalahan itu boleh dianggap setara dengan cubaan membunuh dan tindakan sosio-pendidikan termasuk penempatan dalam tahanan boleh dikenakan bergantung kepada proses undang-undang.

Kesatuan Pekerja Pendidikan Awam Pará turut mengecam serangan tersebut dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap kejadian berkenaan.

“Keganasan terhadap pendidikan adalah keganasan terhadap seluruh masyarakat,” menurut kesatuan itu. - Agensi