Pecah masuk kafe, namun hanya kek yang dicuri

Iklan
Penyiasat kini sedang memburu pelaku dan cuba memahami motifnya. Gambar hiasan janaan AI

ESSEN (Jerman) - Seorang pencuri yang dipercayai mengalami 'kekurangan gula' memecah masuk ke sebuah kafe di Jerman, namun bukannya menyelongkar mesin wang tunai sebaliknya hanya mengambil sebiji kek dan dua pek aiskrim, lapor Agensi Berita Jerman (dpa), memetik polis tempatan pada Ahad.

Kejadian pecah masuk itu berlaku pada 2.30 pagi (0030 GMT) Sabtu berhampiran taman spa di bandar Bad Salzuflen, North Rhine-Westphalia.

Iklan
Iklan

Penyiasat kini sedang memburu pelaku berkenaan dan cuba memahami motifnya.

 "Kami masih tidak tahu sama ada dia memang menyasarkan makanan manis itu atau sama ada dia tiba-tiba berasa lapar ketika melakukan jenayah itu,” kata jurucakap polis. - Bernama-dpa

Iklan

 

 

Iklan