Prabowo terkejut baca rekod kejayaan kerajaan sendiri

Iklan
Prabowo. Foto: AFP

JAKARTA – Presiden Indonesia, Prabowo Subianto mengaku terkejut selepas membaca sebuah buku yang menghimpunkan pelbagai pencapaian pemerintahannya sejak menerajui negara itu.

Menurut Prabowo, buku berkenaan disediakan pasukan dalaman tanpa pengetahuannya sebelum diserahkan kepadanya.

Iklan
Iklan

“Saya baca dan ternyata begitu banyak yang telah kita capai. Saya sendiri tidak begitu menyedari berapa banyak yang telah kita lakukan untuk rakyat Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran 100 Tahun Pondok Moden Darussalam Gontor di Ponorogo, Jawa Timur pada Sabtu.

Iklan

Prabowo berkata, pencapaian yang dihimpunkan itu meningkatkan keyakinannya dalam melaksanakan mandat sebagai Presiden Indonesia.

Antara perkara yang diketengahkan beliau ialah mencapai tahap sara diri dalam pengeluaran makanan serta usaha mencapai kemandirian tenaga menerusi penghasilan diesel berasaskan kelapa sawit.

Iklan

Menurut Prabowo, Indonesia tidak lagi mengimport diesel dari luar negara sejak 1 Julai lalu dan kini memenuhi keperluannya menerusi pengeluaran domestik.

“Banyak kejayaan kita sudah terkandung dalam buku di hadapan saudara-saudara. Pelajarilah dan percayalah masa depan Indonesia baik, masa depan Indonesia cerah,” katanya.

Kerajaan Indonesia sebelum ini turut menyatakan negara berkenaan mencapai tahap sara diri dalam lapan komoditi makanan termasuk beras, jagung, gula untuk kegunaan domestik, daging dan telur ayam. - Agensi