SHAH ALAM - Bank Rakyat berjaya menerbitkan Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana (IMTN) berjumlah RM1 bilion dibawah terbitan Sukuk Wakalah melalui syarikat tujuan khas (SPV) Imtiaz Sukuk II Berhad.
Terbitan berkenaan dilaksanakan menerusi proses penetapan harga pada 24 April 2025 di bawah Program Sukuk Wakalah Senior sehingga RM10 bilion yang diberikan penarafan AA2 oleh RAM Rating Services Berhad.