Tujuh warga Filipina didakwa guna IC palsu

Iklan
Tujuh warga Filipina diiring pegawai JPN ketika hadir ke mahkamah.

SEREMBAN - Tujuh warga Filipina termasuk dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan memiliki salinan kad pengenalan milik orang lain, Selasa lalu.

Tertuduh, Johari Camal, 38; Peter Camal, 45; Ajid Hasan, 43; Aisa Hamjalin Katang, 40; dan Rasid Olek, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret berasingan, Nurul Saqinah Rosli dan Saiful Sayoti.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Alvin Faisal, 31, dan Alsaida Hassan, 28, yang merupakan suami isteri, mengaku tidak bersalah.

Dua wanita antara tujuh warga Filipina yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan menggunakan kad pengenalan palsu dan memiliki salinan kad pengenalan milik orang lain, Selasa lalu.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, kesemua tertuduh didakwa menggunakan kad pengenalan palsu dan memiliki kad pengenalan milik orang lain sebagai pengenalan diri sendiri.

Iklan

Kesalahan itu dilakukan pada 6 Mei 2025 di sekitar Nilai antara jam 7 malam hingga 8.30 malam.

Berikutan itu, tertuduh didapati melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(c) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) dan boleh dihukum di bawah peraturan yang sama.

Iklan

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Ajid, Johari, Peter, Aisa dan Rasid yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan hukuman penjara minimum kerana masing-masing mempunyai tanggungan.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap Ajid, Johari dan Peter, manakala Aisa dan Rasid dijatuhi hukuman dua bulan, bermula dari tarikh sabitan.

Peguam Sarabmeet Singh yang mewakili Alvin dan Alsaida memaklumkan bahawa anak guamnya merupakan warga Sabah dan berketurunan Bajau.

Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 dengan dua penjamin warganegara terhadap Alvin, manakala Alsaida tidak dibenarkan jaminan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara, Zulkarnain Ahmad, Md Shahedan Md Taib dan Hairul Azlin Ahmad.