SHAH ALAM - Berikut adalah kronologi melibatkan pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang disimbah asid:
5 Mei 2024
Faisal dilaporkan menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat membeli-belah di Damansara, Kuala Lumpur.
6 Mei 2024
Beliau disahkan mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan selepas menjalani pembedahan pertama selain pergerakan dan percakapannya turut terbatas.
Pihak polis dilaporkan menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan.
7 Mei 2024
Seorang lagi individu ditahan dan direman lima hari berhubung kes tersebut, manakala suspek pertama dibebaskan selepas didapati tiada kaitan.
8 Mei 2024
Lapisan kulit yang akan digunakan dalam prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami Faisal. Ia sebahagian daripada prosedur untuk membantu dan mempercepatkan pemulihan kulit.
11 Mei 2024
Suspek kedua dibebaskan dengan jaminan polis.
19 Mei 2024
Polis mengedarkan lakaran wajah individu yang dipercayai terlibat dalam kes serangan terhadap Faisal.
20 Mei 2024
Faisal menjalani pembedahan terakhir melibatkan prosedur cantuman kulit atau split skin grafting (SSG).
25 Mei 2024
Faisal dibenarkan keluar dari hospital.
10 Ogos 2024
Faisal kembali beraksi buat pertama kali sebagai pemain gantian Selangor FC ketika menentang Kelantan Darul Naim FC.
25 November 2024
Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, dimaklumkan bahawa siasatan kes Faisal telah diambil alih oleh Unit Siasatan Terkelas, Bukit Aman.
9 Mac 2025
Faisal berjaya mencatat hatrik untuk membantu Selangor melakar kemenangan 7-0 ketika menentang Kelantan Darul Naim FC.
25 Mac 2025
Faisal diturunkan dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2027 menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim.
8 Mei 2025
Peguam mewakili Faisal mengesahkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) mengklasifikasikan kes serangan asid terhadap pemain itu sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).