Syarikat pembuatan multinasional, Flex menghargai pekerjanya kerana menganggap mereka bukan sekadar angka tetapi sebagai nadi utama syarikat.
Dengan mempunyai lebih 18,000 pekerja di Malaysia, Flex sentiasa menzahirkan komitmen terhadap pembangunan kerjaya, kesejahteraan dan suara pekerja melalui pelbagai inisiatif yang berteraskan prinsip mendengar dan bertindak.
Flex sentiasa mendengar maklum balas pekerja melalui pelbagai saluran dalaman dan berusaha memperbaiki kemudahan, suasana kerja serta peluang pembangunan diri.
Ini termasuk menyediakan makanan percuma dan subsidi makanan harian, klinik kesihatan, ruang rekreasi, surau, bilik khas untuk ibu menyusu serta program-program bermanfaat termasuk aktiviti sukan dan rekreasi.
Pekerja turut ditawarkan peluang meningkatkan kemahiran serta tahap pendidikan melalui kerjasama dengan 14 universiti tempatan seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Sehingga kini, lebih 1,700 pekerja telah menamatkan pengajian melalui program ini.
Salah seorang graduan dari program ini dan jurutera Flex, Salimi Fauzi Mohamed Alidin, 50, berkata, selama 15 tahun berkhidmat di syarikat tersebut, pelbagai manfaat telah diperoleh termasuklah pembiayaan penuh pengajian di peringkat ijazah di USM.
"Saya mengambil peluang yang ada. Malah ia memberikan kehidupan yang lebih berkualiti kepada saya sekeluarga seperti membeli rumah serta kenderaan selesa berbanding dengan pekerjaan
terdahulu,” katanya.
Beliau berkata, Flex juga membuka lembaran baharu dalam hidupnya apabila beliau dilantik sebagai jurulatih pasukan bola sepak Flex sejak setahun lalu.
"Sebagai bekas pemain bola sepak, saya tidak menyangka suatu hari nanti saya menjadi jurulatih sekali gus mendapat pengalaman baharu dalam hidup,” katanya.

Fariza (tengah) bersama dua anak lelakinya menerima manfaat bantuan Flex.