Penduduk 'mabuk' asap ganja

Iklan
Pembakaran ganja besar-besaran itu turut mendapat kecaman ramai. Foto Agensi

DIYARBAKIR,TURKIYE – Penduduk bandar Lice di wilayah Diyarbakir dilapor mengalami gejala khayal selepas pihak berkuasa membakar lebih 20 tan ganja rampasan berhampiran kawasan perumahan pada 18 April lalu.

Bandar yang mempunyai kira-kira 25,000 penduduk itu ‘diselubungi’ asap tebal selama beberapa hari berikutan operasi pelupusan dadah secara terbuka yang dilakukan oleh Komando Jandarma Daerah Lice.

Iklan
Iklan

Asap tebal hasil pembakaran ganja itu dikatakan menyebabkan orang ramai secara tidak sengaja terhidu bahan terlarang tersebut sehingga mengalami simptom mabuk, pening, muntah-muntah dan halusinasi, selain menimbulkan keresahan dan kemarahan penduduk tempatan.

Menurut laporan media tempatan, penduduk terpaksa menutup semua tingkap dan tidak keluar rumah selama lima hari kerana bimbang kesan asap ganja yang berterusan.

Pihak berkuasa didakwa menyusun bungkusan ganja membentuk perkataan"Lice” sebelum membakarnya, tindakan yang dikritik hebat oleh aktivis antidadah sebagai tidak sensitif dan tidak profesional. Foto Agensi

Iklan

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata,"Kami tidak boleh buka tingkap langsung, bau ganja kuat sangat. Anak-anak kami sakit, kami berulang-alik ke hospital. Setiap tahun kami hadapi masalah yang sama.”

Dadah seberat 20 tan 766 kilogram 679 gram itu telah dirampas dalam 226 operasi antidadah sepanjang tahun 2024. Nilainya dianggarkan berjumlah 10 bilion Lira Turkiye (lebih RM1.97 bilion). Sebanyak 200 liter diesel digunakan untuk membakar ganja berkenaan.

Iklan

Apa yang lebih mengejutkan, pihak berkuasa didakwa menyusun bungkusan ganja membentuk perkataan 'Lice' sebelum membakarnya – tindakan yang dikritik hebat oleh aktivis antidadah sebagai tidak sensitif dan tidak profesional.

Asap tebal hasil pembakaran ganja itu dikatakan menyebabkan orang ramai secara tidak sengaja terhidu bahan terlarang tersebut. Foto Agensi

Presiden Persatuan Bintang Hijau, Yahya Oger, berkata,"Seperti asap rokok yang membahayakan perokok pasif, asap ganja yang dibakar di kawasan perumahan boleh menyebabkan mabuk, pening dan halusinasi. Kaedah pelupusan seperti ini amat tidak wajar.”

Oger menyarankan agar ganja dimusnahkan di kilang khas yang mempunyai cerobong berpenapis atau di kawasan terpencil jauh dari kediaman. Persatuannya juga sedia menawarkan program pendidikan kepada pihak berkuasa dan sekolah berkenaan bahaya dadah dan kaedah pelupusan yang selamat.

Setakat ini, belum ada aduan rasmi dikemukakan kepada persatuan itu, namun banyak aduan telah diterima oleh media dan organisasi tempatan. Menurut pejabat gabenor, lebih 1,900 individu telah dikenakan tindakan undang-undang hasil operasi rampasan ganja tersebut.-Agensi