JEDDAH - Makkah bakal menyaksikan penjajaran bulan pertama bagi 2026 pada malam Sabtu iaitu bulan kelihatan hampir tepat di atas Kaabah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Ketua Persatuan Astronomi Jeddah, Majid Abu Zahra berkata, ketika momen penjajaran, bulan akan berada pada jarak 374,187 kilometer (km) daripada Bumi dengan pencahayaan 91 peratus.