Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hingga 12 tengah hari ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang).

Iklan
Iklan

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Putrajaya, Johor (Batu Pahat dan Pontian) serta Sarawak membabitkan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu). - Bernama

Iklan
Iklan