Kelong roboh: Mohd Faizal ditemui lemas

Iklan
Mohd Faizal Mohd Nor, 45, ditemui pasukan penyelamat kira-kira 0.8 batu nautika dari lokasi kelong runtuh di perairan Senaggarang Batu Pahat.

BATU PAHAT – Detik cemas dialami oleh lapan pemancing apabila kelong tempat mereka memancing di perairan Senggarang, di sini, musnah dipukul angin kencang awal pagi Ahad.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, kesemua mangsa tercampak ke laut sebelum tujuh daripada mereka berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi ditemukan lemas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulnuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Faizal Mohd Nor, 45, ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 3.50 petang.

Iklan

"Mayat ditemukan terapung kira-kira 0.8 batu nautika dari lokasi kelong runtuh dan telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail untuk tujuan bedah siasat.

"Tujuh mangsa lain, termasuk empat lelaki tempatan dan tiga warga Indonesia, berjaya diselamatkan sekitar jam 5 pagi,” katanya pada Ahad.

Detik cemas dialami oleh lapan pemancing apabila kelong tempat mereka memancing di perairan Senggarang, di sini, musnah dipukul angin kencang awal pagi Ahad.

Iklan

Jelas beliau, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penduduk kampung.

Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Rengit, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nazri Hassan berkata, panggilan kecemasan mengenai insiden itu diterima daripada salah seorang mangsa pada jam 2.36 pagi.

Menurutnya, salah seorang mangsa memaklumkan bahawa struktur kelong tersebut tiba-tiba runtuh akibat cuaca buruk dan angin kencang, menyebabkan kesemua mereka tercampak ke dalam laut.