Op Mega Noda: 38 individu termasuk pelacur warga asing Dicekup

Iklan
Antara individu yang ditahan dalam serbuan di 10 pusat hiburan sekitar ibu kota pada Sabtu.

KUALA LUMPUR – Kegiatan tidak bermoral di sebalik premis hiburan tanpa lesen sekitar ibu kota terbongkar susulan penahanan 38 individu termasuk beberapa wanita warga asing dipercayai gadis pelayan pelanggan (GRO) dalam Op Mega Noda yang dijalankan pada Sabtu.

Operasi bersepadu oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur itu melibatkan 10 serbuan berasingan bermula jam 12.01 tengah malam hingga 11.59 malam di sekitar Cheras, Pantai, Pudu, Dang Wangi dan Taman Desa.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, hasil pemeriksaan melibatkan 99 individu berusia antara 25 hingga 60 tahun.

"Daripada jumlah itu, seramai 38 individu ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tiada permit kerja sah serta disyaki terlibat dalam aktiviti pelacuran,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, tangkapan melibatkan penjaga kaunter, GRO, pekerja warga asing dan pelanggan yang dipercayai terbabit dalam kegiatan tidak bermoral.

Hasil pemeriksaan melibatkan 99 individu berusia antara 25 hingga 60 tahun dalam serbuan yang dijalankan pada Sabtu.

Iklan

"Antara yang ditahan termasuk wanita warga Uganda, Kemboja, Vietnam, Indonesia dan Kenya, selain seorang wanita tempatan yang bertugas sebagai penjaga kaunter,” katanya.

Tambah beliau, kesemua premis yang diserbu beroperasi tanpa lesen hiburan dan minuman keras sah, selain menggaji pekerja asing tanpa permit kerja.

"Siasatan turut mendapati terdapat individu yang menawarkan perkhidmatan seks sekitar RM180 hingga RM200 bagi setiap perkhidmatan,” ujarnya.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai peralatan pusat hiburan, kondom, kamera litar tertutup (CCTV) dan wang tunai berjumlah RM2,892.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Seksyen 55B Akta Imigresen 1952, Seksyen 39 (b) Peraturan–peraturan Imigresen 1963, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1952, Seksyen 76 akta Eksais, Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.