Ibu meraung, anak maut dirempuh van langgar lampu isyarat merah

Iklan
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan melihat anaknya yang maut dalam kemalangan di Jalan Persiaran Senawang.

SEREMBAN - Seorang wanita meraung melihat anaknya tidak bernyawa selepas dirempuh sebuah van yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang di sini pada Sabtu.

Menerusi video yang tular, wanita terbabit yang tiba di lokasi dalam keadaan penuh emosi menjerit 'Ya ALLAH' sambil dipeluk suami yang cuba menenangkannya.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 11.55 malam itu, mangsa lelaki dikatakan berusia 20 tahun sedang menunggang motosikal dirempuh van terbabit.

Tangkap layar video tular menunjukkan sebuah van melanggar lampu isyarat merah lalu merempuh motosikal ditunggang seorang lelaki

Difahamkan ia adalah lokasi sama kemalangan maut yang pernah meragut tiga sekawan yang dirempuh sebuah Honda Jazz juga dipercayai melanggar lampu isyarat merah Mac lalu.

Iklan

Menerusi video lain yang tular, kelihatan orang ramai mengerumuni van berkenaan dan mempersolkan pemandunya kenapa melanggar lampu isyarat merah.

Sementara itu Sinar Harian masih menunggu maklumat lanjut daripada Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berhubung kemalangan berlaku.

Iklan