16 pelajar sekolah asrama alami keracunan makanan
Iklan
Tian Soon sahkan seramai 16 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Johor dilaporkan mengalami keracunan makanan.
JOHOR BAHRU – Seramai 16 pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di negeri ini dilaporkan mengalami keracunan makanan, dipercayai selepas menikmati juadah yang disediakan di kantin sekolah berkenaan pada Jumaat.
Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, Ling Tian Soon, semua pelajar terbabit mengalami gejala seperti demam, muntah dan cirit-birit.
Iklan
Iklan
"Kita menerima maklumat bahawa seramai 16 pelajar dari sekolah tersebut menunjukkan simptom-simptom keracunan makanan.
"Setakat ini, pelajar-pelajar terbabit telah dihantar ke fasiliti kesihatan yang berbeza; ada yang dirujuk ke fasiliti kesihatan kerajaan dan juga swasta.
Iklan
"Bagaimanapun, punca sebenar keracunan masih dalam siasatan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan perasmian Taman Tema Keluarga JumpX di sebuah pusat beli-belah terkemuka di Johor Bahru pada Sabtu.
Iklan
Tambah Tian Soon, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada pihak sekolah dan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru sekitar jam 2 petang pada hari yang sama.
Sehubungan itu, Pejabat Kesihatan berkenaan telah diarahkan untuk mengambil sampel dari bahagian dapur kantin sekolah terbabit.
"Kita juga telah mengarahkan Bahagian Keselamatan Makanan untuk menjalankan siasatan terperinci.
"Pihak berkenaan kini sedang menjalankan siasatan dan meminta laporan lanjut berhubung insiden ini,” ujarnya.
Sementara itu, Tian Soon turut berharap agar semua taman asuhan kanak-kanak (taska) lebih proaktif dalam memastikan kebersihan bagi membendung penularan wabak Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD).
Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah juga telah diminta untuk menyampaikan maklumat serta memberikan tunjuk ajar kepada pengurus taska agar menjaga kebersihan fasiliti masing-masing.
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kes HFMD ketika ini mencatat peningkatan kira-kira 20 peratus berbanding biasa.
"Namun, tiada kes yang berada dalam kategori kritikal. Oleh itu, kami menasihatkan agar kebersihan sentiasa dijaga dan sekiranya terdapat kes, segera laporkan kepada pihak berwajib,” katanya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.