Kedah bukan kosong, Datuk Bandar jemput pempengaruh 'tour' Alor Setar
Iklan
Abdul Gafar mengibarkan bendera Malaysia sebagai simbolik pelancaran konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi ‘RIDE To Tibet’ sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026, di Alor Setar pada Khamis.
ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersikap terbuka terhadap sebarang pandangan dan kritikan demi mempertingkatkan pengalaman pelancongan di Kedah, khususnya di ibu negeri ini.
Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Abdul Gafar Yahya berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran pempengaruh media sosial yang tular baru-baru ini selepas bertanyakan kawannya mengenai lokasi menarik di Kedah, namun disarankan ke Pulau Pinang.
Iklan
Iklan
"Saya jemput individu tersebut datang ke Alor Setar. Saya sendiri akan bawa dia melawat tempat-tempat menarik dan tunjukkan apa yang kita ada di sini,” katanya pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi ‘RIDE to Tibet’ sempena kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 di sini.
Iklan
Abdul Gafar turut menghargai kenyataan pempengaruh itu kerana ia membuka ruang kepada pihak berkuasa meningkatkan promosi pelancongan negeri.
Terdahulu, tular video seorang pempengaruh TikTok dikenali sebagai Cha Loud yang meminta cadangan lokasi menarik di Kedah, namun kawannya menyarankan agar dia ke negeri jiran dengan alasan Kedah tiada destinasi pelancongan menarik.
Iklan
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi, termasuk dalam kalangan penduduk tempatan yang tampil mempertahankan keunikan Kedah.
Mengulas lanjut, Abdul Gafar berkata, MBAS telah merancang pelbagai program dan acara sempena Tahun Melawat Kedah 2025 dan TMM 2026 bagi menarik kehadiran pelancong tempatan serta antarabangsa.
"Usaha ini bukan hanya untuk mempromosikan Alor Setar, tetapi juga untuk memastikan pelancong memperoleh pengalaman terbaik sepanjang berada di Kedah,” ujarnya.
Menurut beliau, pelancaran konvoi motosikal berkuasa tinggi ‘RIDE to Tibet’ yang bermula di Alor Setar turut menjadi langkah strategik untuk menarik perhatian pengunjung dan membina reputasi negeri ini sebagai lokasi pelancongan berskala besar.
Konvoi selama 40 hari itu bakal merentasi Thailand, Laos dan Tibet di China dengan jarak perjalanan sejauh 13,800 kilometer.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kakak minta naik Menara Alor Setar walaupun matanya sudah tidak nampak sepenuhnya'"><meta itemprop="description" content="Derita akibat kanser otak yang menyebabkan penglihatannya terjejas dan tidak lagi mampu berjalan tidak menghalang Nur Iman Syamimi Muhammad Shauki, 14, menikmati suasana di Sky View Menara Alor Setar.
Impian remaja itu menjadi kenyataan apabila dia dibawa pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Cancer Survivors Malaysia (CSM) bersama ibu bapanya dan dua adik, berkunjung ke menara berkenaan pada malam Jumaat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794930/edisi/utara/kakak-minta-naik-menara-alor-setar-walaupun-matanya-sudah-tidak-nampak-sepenuhnya
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PejuangKanser"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T07:40:22.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/e5Z7Q1gdHZdTVXzwC/x1080"><meta itemprop="duration" content="P153S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4exne"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4exne"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4exne"></script>