DBKL, PDRM dan JPJ laksana Ops Halang banteras kesalahan lalu lintas

Iklan
Tindakan turut diambil ke atas premis perniagaan yang menyebabkan halangan di tempat awam. Foto DBKL

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terus mempergiatkan usaha membanteras kesalahan lalu lintas melalui pelaksanaan Ops Halang di sekitar Jalan Kepong dan Jalan Dang Wangi, di ibu negara.

DBKL dalam satu hantaran di laman Facebook memaklumkan bahawa operasi bersepadu itu dijalankan hasil rondaan dan pemantauan aktif pasukan penguat kuasa di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Sepanjang operasi, DBKL mengeluarkan 21 notis tawaran kompaun dan menunda sembilan buah kenderaan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Selain itu, tindakan turut diambil ke atas premis perniagaan yang menyebabkan halangan di tempat awam.

Iklan

"DBKL menyita barangan daripada tiga perniagaan dan mengeluarkan enam notis kompaun di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974," menurut hantaran di laman Facebook DBKL pada Selasa.

Agensi sahabat yang terlibat termasuk PDRM dan JPJ turut mengeluarkan 34 notis kompaun bagi pelbagai kesalahan trafik yang dikesan sepanjang operasi.

Iklan

Semua barangan yang disita telah dibawa ke stor sitaan di Jalan Lombong, Taman Miharja, Cheras, Kuala Lumpur untuk tujuan perekodan dan dokumentasi.

DBKL dalam hantaran sama menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa di lokasi-lokasi tumpuan yang telah dikenal pasti.

Orang awam yang ingin membuat aduan atau menyalurkan maklumat berkaitan boleh berbuat demikian menerusi pautan: https://adukl.dbkl.gov.my.

Kempen ini dilaksanakan selaras dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang lebih berdaya huni dan berdaya saing untuk semua.