PONTIAN - Siakap seberat 3.395 kilogram (kg) yang dipancing seorang peniaga dari Pasir Gudang, Johor membawa tuah apabila diisytiharkan juara Shimano Surfcasting Challenge di sini pada Ahad.
Yusof Md Zaini, 52, berkata, beliau tidak menyangka umpan udang kopek yang digunakan bagi memburu spesies belukang disambar siakap.
"Siakap adalah jenis ikan makan secara menyambar. Biasanya umpan hidup digunakan bagi memancing siakap. Malah perairan Tambak Pontian, bukanlah tempat spesies siakap. Agaknya sesat,’’ katanya berseloroh.
Sebahagian daripada peserta yang mengambil bahagian dalam Shimano Surfcasting Tambak Pontian pada Ahad.
Pertandingan anjuran bersama Shimano Pte Ltd, OFT Pancing Sdn Bhd, Joran Unggul Event Management dan Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Pontian itu disertai lebih 500 peserta dari seluruh negara dan Singapura.