Status tanah Kampung Melayu Majidee perlu diselesaikan secara teliti - Akmal Nasir
Iklan
Akmal. Laporan Sinar Harian berhubung rayuan penduduk agar status tanah Kampung Melayu Majidee diubah kepada hak milik kekal
JOHOR BAHRU – Permohonan penduduk Kampung Melayu Majidee untuk menukar status tanah daripada Tanah Rizab Melayu (TRM) berstatus pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal perlu diselesaikan dengan teliti oleh kerajaan negeri.
Ahli Parlimen Johor Bahru merangkap Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kedudukan kampung berkenaan yang terletak di tengah bandar raya menjadikan permohonan tersebut wajar diperhalusi.
Iklan
Iklan
"Permohonan ini perlu diberi pertimbangan sewajarnya memandangkan lokasi strategik Kampung Melayu Majidee dalam kawasan bandar raya.
"Selain itu, usaha berkaitan status hak milik tanah di kawasan ini juga penting kerana ia melibatkan beberapa kawasan lain di Johor Bahru yang berstatus pajakan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Johor Bahru di sini pada Sabtu.
Iklan
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik-Pemilik Tanah dan Penduduk Kampung Melayu Majidee (Perkam), Abdul Rahim Md Shariff berkata, lebih 40,000 penduduk kampung berkenaan hidup dalam dilema.
Menurutnya, permohonan untuk menukar status tanah kepada hak milik kekal masih belum menerima maklum balas rasmi daripada kerajaan negeri.
Iklan
Ujar beliau, tempoh pajakan akan tamat pada tahun 2053, iaitu hanya tinggal 28 tahun sahaja lagi, dan jika tiada tindakan segera, penduduk berisiko kehilangan tanah pusaka yang diwarisi turun-temurun.
Dalam pada itu, Akmal berkata, antara kawasan lain yang berdepan isu sama ialah di Larkin, yang tempoh pajakannya kini berkurang kepada kurang daripada 50 tahun.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan negeri mencari formula terbaik bagi memastikan kebajikan penduduk asal, khususnya pemilik tanah pajakan di Johor Bahru, terus terpelihara.
"Kerajaan negeri perlu merangka perancangan pembangunan yang selari tanpa mengabaikan hak serta kedudukan penduduk sedia ada di bandar raya ini.
"Pada masa sama, perlu ada perundingan antara kerajaan negeri dan penduduk Kampung Melayu Majidee, sama ada secara terus atau melalui wakil persatuan agar perkara ini dapat diteliti dengan lebih mendalam.
"Saya difahamkan surat permohonan telah dihantar oleh pihak persatuan. Maka adalah wajar satu mesyuarat diadakan segera untuk meneliti dan merundingkan isu ini," jelasnya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.