Tarif AS: KKM pantau harga peranti perubatan, ubat-ubatan
Iklan
Dr Dzulkefly pada sidang akhbar selepas perasmian Program Madani Afiat negeri Kelantan di Mydin Mall, Tunjong pada Sabtu. FOTO: BERNAMA
KOTA BHARU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang memantau perkembangan harga peranti perubatan dan ubat-ubatan berikutan pengumuman tarif oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlakunya situasi luar jangkaan meskipun Trump telah menyatakan pengecualian tarif untuk sektor farmaseutikal.
Iklan
Iklan
"Memang sebelum ini beliau (Trump) ada mengatakan mengenai pengecualian membabitkan sektor farmaseutikal... tetapi nampaknya tidak begitu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Madani Afiat Peringkat Negeri Kelantan 2025, di sini pada Sabtu.
Iklan
Menurut Dr Dzulkefly, jumlah tarif yang akan dikenakan belum dapat ditentukan secara khusus.
"Trump memang sukar dijangka, jadi kita tidak boleh membuat spekulasi," ujarnya.
Iklan
Beliau turut menekankan bahawa dua aspek utama yang perlu diberi perhatian ialah bekalan peranti perubatan dan ubat-ubatan.
Sebagai langkah persediaan, KKM juga sedang mencari pasaran alternatif untuk memastikan bekalan peranti perubatan dan ubat-ubatan di negara ini mencukupi.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>