Dari siasatan aset ke dakwaan konspirasi
Iklan
Pertembungan antara SPRM dan keluarga Daim bukan lagi sekadar berkisar kepada pengisytiharan aset, sebaliknya mula menyentuh persoalan integriti institusi, persepsi awam serta dakwaan komplot menggugat kerajaan.
BERMULA dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan kegagalan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin mengisytiharkan harta di dalam dan luar negara, polemik yang pada awalnya bersifat undang-undang kini berkembang menjadi pertembungan politik berlapis.