3,802 jemaah haji dari Johor, penerbangan bermula 14 Mei
Iklan
Mohd Fared (dua dari kiri) pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah di sini, malam Jumaat.
BATU PAHAT – Seramai 3,802 jemaah haji dari Johor dijadualkan berlepas secara berperingkat ke Tanah Suci bermula 14 Mei ini bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, penerbangan pertama akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang melibatkan jemaah termasuk 500 orang di bawah Rombongan Kerajaan Johor (RKJ).
Iklan
Iklan
"RKJ ini terdiri daripada pesara serta penjawat awam kerajaan negeri yang terpilih menunaikan haji tahun ini.
"Daripada 5,000 tawaran haji yang dikeluarkan oleh Tabung Haji (TH), hanya 3,802 jemaah yang memenuhi kriteria dan menerima tawaran itu,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah di sini, malam Jumaat.
Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah turut menasihatkan para jemaah supaya menjaga kesihatan dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi sepanjang berada di Makkah dan Madinah.
Iklan
Sementara itu, beliau turut memaklumkan kutipan zakat fitrah negeri Johor tahun ini mencatat peningkatan kepada RM29 juta, melepasi sasaran yang ditetapkan dan meningkat RM2 juta berbanding kutipan tahun lalu iaitu RM27 juta.
"Alhamdulillah, zakat ini juga telah berjaya diagihkan sebelum Hari Raya Aidilfitri kepada golongan yang layak seperti fakir dan miskin bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut lebaran,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>