1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar Pengurusan Tabung Haji (TH) dan TH Plantation Berhad (THP) untuk segera membekukan program Rasionalisasi Aset TH termasuk penjualan secara lambak ladang-ladang THP seluas 76,957 hektar atau bersamaan 76.2% dari keseluruhan tanah perladangan berjumlah 101,019 hektar.
2. Setakat hari ini difahamkan, pihak THP telah memasuki Perjanjian Penjualan Saham (Share Purchase Agrement) untuk melupuskan 3 anak syarikat THP iaitu THP-YT Sdn Bhd, Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisammas Shd Bhd (MW) yang melibatkan tanah perladangan seluas 9,018 hektar atau 11.8% dari jumlah keluasan yang mahu dijual dibawah program rasionalisasi aset THP.