Bos banyak songeh mohon cuti kecemasan, pekerja nekad berhenti

Iklan
Tangkapan layar perbualan mereka yang akhirnya memaksa wanita itu berhenti kerja. - Foto Agensi

NEW DELHI - Tangkapan layar perbualan antara staf dan pengurusnya yang banyak songeh telah menjadi tular.

NDTV melaporkan wanita tersebut yang berkongsi kisah itu di platform X memaklumkan dia sudah pun memaklumkan kepada ketua pasukannya tidak dapat menghadiri seminar atas urusan keluarga.

Iklan
Iklan

Tetapi, alasan itu diabaikan pengurusnya malah dia sengaja meminta bukti termasuk lokasi GPS, gambar hospital dan preskripsi perubatan untuk menyokong cuti kecemasan tersebut.

Wanita itu yang tidak berpuas hati dengan tindakan ketuanya nekad berhenti kerja.

Iklan

"Ketika saya menegur perbuatannya, dia berasa tersinggung dan menyerang semula dengan menyebut tentang sikap saya yang bermasalah.

"Dia mengarahkan saya untuk pulang ke rumah dan menghantar e-mel permohonan maaf bersama dokumen hospital untuk mengesahkan tentang pembedahan barah ahli keluarga saya.

Iklan

"Sebaliknya, saya menghantar e-mel untuk meletak jawatan," ujar wanita itu menerusi catatannya.

Pengalamannya yang berdepan pengurus tiada empati itu turut menerima pelbagai reaksi warganet yang menyifatkan ia sebagai contoh budaya kerja toksik dan pencerobohan hak privasi yang semakin meningkat di beberapa tempat kerja.

"Ini bukannya cara yang betul untuk berkomunikasi dengan pekerja sedangkan dia sudah maklumkan lebih awal tentang hal yang tidak dapat dielakkan itu," ujar seorang pengguna media sosial.

Seorang lagi warganet cuba memanaskan ruangan komen apabila menyatakan dia mungkin akan mengambil tindakan ke atas pengurus tersebut jika berdepan situasi tersebut. - Agensi