Hampir 60 pelajar perempuan maut, serangan Israel-AS sasar sekolah di Iran

Iklan
Sekolah Shajareye Tayabeh di selatan Iran yang menjadi sasaran langsung serangan udara Israel, mengorbankan hampir 60 pelajar perempuan setakat ini. - Gambar media sosial

SEKURANG-KURANGNYA 57 pelajar perempuan dilaporkan terkorban manakala 60 lagi cedera selepas satu serangan udara Israel menyasarkan sebuah sekolah di Minab, wilayah Hormozgan, selatan Iran.

Gabenor Minab, Mohammad Radmehr berkata, Sekolah Shajareye Tayabeh menjadi sasaran langsung serangan tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau turut memaklumkan terdapat 53 pelajar dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan ketika operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan.

Menurut Radmehr, ketika ini operasi menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian dan situasi di bandar itu kini terkawal.

Iklan

Pada Sabtu, Israel dan Amerika Syarikat melancarkan beberapa siri serangan terhadap Iran yang disifatkan Tehran sebagai pencerobohan terang-terangan terhadap kedaulatan Republik Islam itu.

Sebagai tindak balas, Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) melancarkan serangan balas besar-besaran menggunakan peluru berpandu balistik dan dron, menyasarkan wilayah yang diduduki Israel serta pangkalan tentera Amerika di rantau berkenaan. - Awani 

Iklan