Pahang lulus RUU Mahkamah Syariah

Iklan
Wan Rosdy. Foto Sinar Harian

KUANTAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah Utama menjadikan negeri ini yang kedua di Malaysia memperkenalkan sistem kehakiman itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, RUU tersebut memberi ruang kepada rakyat yang ingin mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah untuk membawa kes mereka ke peringkat lebih tinggi.

Iklan
Iklan

"Tujuannya beri bagi peluang lagi untuk kemukakan kes yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi, boleh dirayu kepada mahkamah utama, jadi ada empat peringkat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya persidangan DUN Pahang di Wisma Sri Pahang di sini pada Khamis.

Iklan

Pahang mempunyai tiga peringkat undang-undang syariah kini iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Wan Rosdy memberitahu, kelulusan RUU itu juga membuka laluan kepada penubuhan Mahkamah Utama Syariah secara rasmi di negeri ini.

Iklan

Jelasnya, walaupun masih belum mempunyai kompleks mahkamah tersebut pada masa ini.

"Kompleksnya belumlah ada, tapi kita sudah buat enakmen ini, lepas ini bolehlah buat.

"Tapi kena ikut proses, hendak kahwin pun ada proses, kena merisik, meminang, bertunang, baru kahwin, macam ini juga (hendak bina kompleks) kena cari tanah dan peruntukan," katanya.

Selain itu, Wan Rosdy berkata, DUN Pahang turut meluluskan pelantikan dua senator baharu bagi mewakili negeri itu di Dewan Negara.

"Yang lama dah habis tempoh dan kita di Pahang ada dua kuota untuk senator.

"Yang kita lantik tadi seorang daripada masyarakat Orang Asli, seorang lagi daripada wanita," katanya.