Gerakan desak tindakan tegas, henti guna istilah hina masyarakat India

Iklan
Dominic Lau.

KUALA LUMPUR – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan penggunaan istilah menghina masyarakat India khususnya di media sosial disifatkan mampu merosakkan keharmonian kaum di negara ini.

Menurut Presidennya, Dr Dominic Lau Hoe Chai, penggunaan istilah ‘K’ serta perkataan lain yang berbaur penghinaan perlu dihentikan segera kerana ia tidak hanya menyinggung sensitiviti kaum, tetapi juga meruntuhkan asas perpaduan rakyat Malaysia.

Iklan
Iklan

"Kerajaan perlu keluar dari zon selesa dan melihat sendiri bagaimana isu penghinaan terhadap kaum semakin menjadi-jadi. Penguatkuasaan undang-undang mesti tegas, bukan hanya retorik perpaduan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau turut menyeru agar kerajaan mengharamkan terus penggunaan istilah ‘K’ yang dianggap memperlekeh masyarakat India, serta menghentikan label ‘haram’ terhadap rumah ibadat kaum tersebut.

Iklan

"Kewujudan sesebuah rumah ibadat tidak boleh hanya dinilai dari aspek pemilikan tanah semata-mata, tetapi perlu dilihat dari sudut sejarah, proses penubuhan serta usaha komuniti,” tegas beliau.

Dominic juga memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil pendirian tegas seperti yang pernah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam menolak istilah menghina kaum.

Iklan

Dalam masa sama, beliau memuji tindakan pantas Menteri Perpaduan Negara yang dilihat responsif terhadap isu masyarakat majmuk, namun menegaskan keperluan Kementerian untuk menyemak dan memperkukuh undang-undang berkaitan perpaduan nasional.