[VIDEO] SPM 2024: Pasangan kembar dapat 9A, impi jadi doktor

Iklan

JOHOR BAHRU - Bagaikan sudah berjanji, pasangan kembar Chai Zhi Heng dan Chai Yun Zhen, 18, mencatat keputusan cemerlang apabila masing-masing memperoleh 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Kejayaan membanggakan itu turut melayakkan mereka dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail.

Zi Heng (kanan) dan Yun Zhen (kiri) memperoleh 9A bergambar ibu dan ayah mereka di SMK Sultan Ismail Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Chai Zhi Heng dan Chai Yun Zhen, 18, berkata. kejayaan itu adalah hasil sokongan antara satu sama lain serta usaha berterusan tanpa mengenal erti jemu belajar sejak dari kecil.

Menurut Yun Zhen, dia dan abangnya Zhi Heng cukup bertuah kerana tidak pernah berpisah sekolah dan sering ditempatkan di kelas yang sama.

Iklan
Zi Heng (kanan) dan Yun Zhen (kiri) menunjukkan keputusan SPM kepada ibu dan ayah mereka di SMK Sultan Ismail Johor Bahru.

"Saya kerap ulang kaji pelajaran pada waktu malam. Walaupun kadang-kala Zhi Heng sukar untuk mengulang kaji pelajaran pada waktu malam, tetapi saya tetap berikan dia semangat.

"Saya selalu kejutkan Zhi Heng, ingatkan supaya jangan malas dan sentiasa kongsi maklumat berkaitan subjek yang kami belajar,” katanya ketika ditemui selepas menerima keputusan SPM di sini pada Khamis.

Iklan
Calon SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail, Johor Bahru bergambar bersama meraikan kejayaan cemerlang yang diperoleh.

Sementara itu Zhi Heng, berkata mereka turut menanam cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke universiti yang sama dan seterusnya bergelar doktor.

"Kami mahu membangggakan ibu, Kee Siok Boey, 49 dan ayah, Chai Tiang Fook, 54 kerana kami adalah anak tunggal.

"Pilihan utama kami ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang perubatan," ujarnya.