Implikasi besar duti solar AS
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
KUALA LUMPUR - Tarif import yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap panel solar dari Malaysia bukan sahaja mengurangkan daya saing syarikat tempatan dalam rantaian global malah menyumbang kepada penyusutan eksport dan potensi kerugian hasil negara.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Shahino Mah Abdullah berkata, keadaan ini menimbulkan kebimbangan bahawa Malaysia mungkin dilihat kurang menarik bagi pelabur asing yang ingin menjadikan negara ini sebagai hab pengeluar global.
Iklan
Iklan
Menurutnya, syarikat kecil dan sederhana serta syarikat pemula yang bergantung kepada pasaran eksport boleh terjejas teruk sekali gus menyebabkan pengurangan peluang pekerjaan dan pelaburan teknologi.
"Selain itu, sekatan terhadap produk tenaga boleh diperbaharui berpotensi melemahkan usaha global dalam menangani perubahan iklim.
Iklan
"Apabila industri solar Malaysia tergugat, ia akan menjejaskan pencapaian sasaran SDG 7 (Tenaga Mampu Milik dan Bersih) dan SDG 13 (Tindakan Iklim) negara yang sedang komited terhadap pembangunan lestari,” katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, AS mengenakan cukai import tambahan dan subsidi terhadap produk solar yang dieksport dari Malaysia, Kemboja, Thailand dan Vietnam selepas mendapati syarikat-syarikat di negara tersebut menerima bantuan kewangan daripada China.
Iklan
Beliau bagaimanapun berpendapat, Malaysia boleh membuat rundingan dua hala dengan AS dengan menggunakan platform Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk membincangkan isu tarif secara adil.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>