Mansuh 30 peratus ekuiti Bumiputera: Kerajaan perlu jelaskan mekanisme gantian - ADUN Kota Siputeh
Iklan
Mohd Ashraf turut menegaskan, kerajaan juga perlu menjelaskan mekanisme gantian untuk meningkatkan pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam sektor pendidikan swasta.
ALOR SETAR - Kerajaan perlu menjelaskan mekanisme gantian susulan keputusan Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan syarat pemilikan sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat sendirian berhad mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) bawah kementerian itu.
ADUN Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, sekiranya kerajaan mahu mencapai sasaran 30 peratus Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35), setiap kementerian sepatutnya mempunyai mekanisme jelas bagi membantu mencapai matlamat berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kerajaan juga perlu menjelaskan apakah mekanisme gantian untuk meningkatkan pemilikan dan penguasaan Bumiputera dalam sektor pendidikan swasta," katanya dalam kenyataan.
Mohd Ashraf turut menegaskan bahawa pemilikan dan penguasaan ekonomi Bumiputera perlu diperkukuhkan, namun usaha itu tidak seharusnya sekadar meletakkan nama pada sijil, lesen atau pegangan saham tanpa penguasaan sebenar terhadap modal, operasi dan keuntungan.
Iklan
"Saya mahu sasaran 30 peratus itu dicapai malah Bumiputera harus mampu pergi lebih jauh! Tetapi biarlah ia dicapai dengan maruah, kemampuan dan penguasaan sebenar.
"Bukan 30 peratus kerana meminjam nama, menjadi proksi atau hubungan politik. Bina modal, ilmu, usahawan, rantaian bekalan dan pemilikan.
Iklan
"Barulah apabila kita menyebut 30 peratus ekuiti Bumiputera, ia bukan sekadar angka di atas kertas, tetapi benar-benar menggambarkan suatu kekuatan ekonomi yang dimiliki, dikembangkan dan akhirnya mampu diwariskan kepada generasi Bumiputera seterusnya," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Ashraf turut mengulas sindiran Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Madani atas ketetapan yang dibuat.
"Kata Akmal 'kita sibuk berpecah, kerja mereka tetap berjalan'.
"Sebelum isu ini dijadikan sekadar pertentangan antara 'kita' dengan 'mereka', Saudara Akmal juga perlu melihat pendirian dalam gabungannya sendiri," jelasnya.
Selain itu, menurut Mohd Ashraf, Data SME Corporation Malaysia dan Centre for Entrepreneur Development and Research 2015 menunjukkan bahawa daripada sekitar RM1.1 trilion perolehan kerajaan bagi pembangunan, bekalan dan perkhidmatan sepanjang RMK-7 hingga RMK-10, lebih 50 peratus kontrak dianggarkan diberikan kepada Bumiputera.
Namun dakwanya, sumbangan PKS Bumiputera kepada KDNK pada 2015 masih kurang daripada sembilan peratus dan kemudian data tersebut dipaparkan dalam dokumen Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
"Perkara ini sepatutnya memaksa kita bermuhasabah di mana setelah berpuluh tahun mempunyai kuota, kontrak, geran dan pelbagai bentuk bantuan, mengapa penguasaan ekonomi Bumiputera masih tidak sepadan dengan jumlah sumber yang telah diperuntukkan?
"Dokumen yang sama turut mengingatkan bahawa agenda Bumiputera telah dibelenggu oleh rasuah serta pemesongan pengagihan dalam rantaian bekalan daripada tujuan asalnya untuk memperbaiki keadaan ekonomi Bumiputera," jelas beliau.
Beliau berkata, sekiranya Kerajaan Madani benar-benar serius bagi mencapai matlamat PuTERA35, maka binalah mekanisme yang lebih baik.
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.