Drama Bidaah 'buka mata' mangsa bongkar skandal cabul ketua yayasan

Iklan
Joko Jumadi (kanan) ketika mengadakan sidang akhbar berhubung kes gangguan seksual berkenaan pada Isnin. Foto Agensi

MATARAM – Seorang pimpinan yayasan pondok pesantren (Ponpes) di Lombok Barat, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia, dilaporkan ke pihak polis atas dakwaan mencabul dan memperkosa beberapa pelajar perempuan institusi tersebut.

Pendedahan itu terbongkar selepas beberapa bekas pelajar menonton drama siri dari Malaysia bertajuk Bidaah, yang memaparkan kisah pemimpin sesat menyalahgunakan kuasa ke atas pengikutnya.

Iklan
Iklan

Ketua Lembaga Perlindungan Anak (LPA) Kota Mataram, Joko Jumadi berkata, kejadian itu mula diperkatakan dalam sebuah kumpulan sembang alumni yang membandingkan jalan cerita filem tersebut dengan pengalaman mereka semasa di Ponpes.

"Mereka menonton drama Bidaah dan mula menyedari persamaan watak utama dalam drama dengan pengalaman bersama pemimpin yayasan terbabit. Dari situ, mereka mula berani bersuara,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Iklan

Menurut Joko, setakat ini terdapat 20 mangsa, namun hanya tujuh orang telah membuat laporan rasmi kepada polis.

Kebanyakan mereka merupakan bekas pelajar yang ketika kejadian masih di bawah umur, sekitar usia sekolah menengah rendah hingga atas.

Iklan

Modus operandi suspek dikenali sebagai AF itu dikatakan memanggil mangsa seorang demi seorang ke sebuah bilik kelas pada waktu malam.

Suspek kemudian memanipulasi mangsa dengan janji akan memberikan 'keberkatan di rahim' agar dapat melahirkan anak yang menjadi wali.

"Dia janjikan kononnya akan memberi keberkatan dalam rahim mangsa, supaya kelak mereka dapat melahirkan anak-anak yang menjadi insan suci dan bergelar wali,” jelas Joko.

Tambahnya, insiden itu dipercayai berlaku secara berterusan dari tahun 2016 hingga 2023, dengan sesetengah mangsa menjadi mangsa pencabulan sejak mereka di Tingkatan Satu sehingga tamat sekolah.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polresta Mataram, AKP Regi Halili, mengesahkan siasatan kes tersebut sedang berjalan dan pihaknya telah menerima enam laporan daripada mangsa setakat ini.

"Buat masa ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut dan mengumpulkan bukti serta keterangan. Mangsa yang tampil mungkin mencecah antara 10 hingga 15 orang,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa polis telah memeriksa lokasi kejadian yang dipercayai menjadi tempat pelaku melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Suspek juga telah kami tahan buat sementara waktu bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin,” tambah Regi. - Agensi