Tiga penghuni masih diami pangsapuri Kampung Sungai Baru

Iklan
Amal enggan keluar dari pangsapuri itu kerana bimbang akan dirobohkan oleh pihak berkuasa jika bangunan berkenaan dikosongkan.

KUALA LUMPUR - Penduduk di pangsapuri Kampung Sungai Baru mendakwa bangunan di kawasan itu telah dirobohkan satu persatu oleh pihak berkuasa walaupun perintah sementara membenarkan mereka kekal sehingga keputusan mahkamah.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, lima daripada lapan blok flat telah dirobohkan dan kawasan sekitar pangsapuri itu juga telah dipagar.

Iklan
Iklan

Menurut salah seorang penduduk asal Kampung Sungai Baru, Amal Ibrahim, 50, masih terdapat tiga penghuni mendiami setiap satu blok pangsapuri yang masih belum dirobohkan kerana mahu mempertahankan bangunan berkenaan.

"Sepatutnya hari ini (Selasa) perbicaraan permohonan penangguhan notis pengosongan tetapi mahkamah beritahu ditangguhkan sehingga tarikh yang akan dibicarakan semula.

Iklan

Kawasan pangsapuri Kampung Sungai Baru yang telah dipagar.

"Buat masa sekarang saya tinggal di rumah sementara lain kerana rumah sekarang tiada elektrik tetapi barang-barang lain masih ada di rumah. Saya tidak akan kosongkan selagi tiada keputusan mahkamah.

Iklan

"Kalau waktu siang, saya masih keluar masuk pangsapuri ini seperti biasa walaupun mereka telah pagar sejak sekian lama. Mereka (pemaju) tak boleh usir kerana belum dapat perintah mahkamah,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Tambah Amal, mereka menolak untuk keluar dari pangsapuri itu kerana bimbang akan dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Mengulas mengenai keselamatan, menurutnya, dia bersama dua lagi penghuni hanya mampu bertawakal dan berharap tiada gangguan atau insiden yang akan menimpa susulan beberapa blok pangsapuri terbiar.

Keadaan terkini pangsapuri Kampung Sungai Baru.

"Ada seorang penghuni yang menggunakan tenaga solar, jadi tidak menjadi masalah untuk mereka. Bagi dua penghuni yang lain, kami terpaksa keluar masuk melihat keadaan rumah sahaja kerana tiada elektrik untuk tinggal di situ.

"Kami bertawakal sahaja dan mahu mempertahankan rumah serta apa sahaja yang ada di depan mata dahulu. Perlu tunggu perbicaraan kes ini habis kerana mungkin keputusan berpihak kepada penduduk,” ujarnya.

Mengulas mengenai pampasan yang diterima, Amal berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa menerima jumlah yang diberikan iaitu RM450 persegi walaupun ia tidak setimpal dengan nilai tanah di bandar itu.