Guru besar ditahan kemuka dokumen palsu tuntut RM85,000 daripada KM Sabah

Iklan
Seorang bekas setiausaha sebuah persatuan ditahan SPRM Sabah selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu berkaitan permohonan mendapatkan peruntukan khas berjumlah kira-kira RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah.

KOTA KINABALU - Seorang bekas setiausaha sebuah persatuan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki mengemukakan dokumen palsu berkaitan permohonan mendapatkan peruntukan khas berjumlah kira-kira RM85,000 daripada Ketua Menteri Sabah.

Menurut sumber, suspek yang juga seorang guru besar lelaki berusia 50-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sabah, kira-kira jam 9.40 pagi Selasa.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, peruntukan khas yabg dituntut kononnya bertujuan membina bangunan pejabat pentadbiran persatuan di sebuah daerah di negeri ini di mana ia juga tempat setiausaha tersebut bekerja.

Susulan penahanan itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu bagi tujuan pertuduhan pada Rabu.

Iklan

Suspek juga disyaki mengemukakan dokumen palsu ketika memohon untuk mendapatkan peruntukan khas bagi pembinaan bangunan pejabat pentadbiran persatuan tempatnya bekerja.

Suspek yang kini telah digantung tugas, sebelum ini pernah dituduh sebanyak lapan pertuduhan di Mahkamah Sesyen (Khas Rasuah) Kota Kinabalu pada 21 Mei 2024 dibawah Seksyen 471 dan Seksyen 107(c) Kanun Keseksaan dan kes masih dalam perbicaraan.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009," katanya.