'Dedah petualang, pihak bersubahat komplot jatuhkan kerajaan' - Kamil Munim

Iklan
Kamil Munim

SHAH ALAM - Polis digesa menjalankan siasatan menyeluruh dan mendedahkan petualang yang terlibat serta pihak bersubahat tanpa mengira kedudukan dalam konspirasi jatuhkan kerajaan.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Kamil Munim berkata, rakyat berhak mengetahui kebenaran dan negara tidak boleh bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang sanggup memperdagang kedaulatan serta maruah negara demi kepentingan merosakkan.

Iklan
Iklan

"Kita memandang serius mengenai dakwaan wujudnya usaha melibatkan firma asing untuk memberi tekanan terhadap sendi dan institusi negara.

"Sekiranya benar, ia merupakan ancaman luar yang tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi jika terdapat watak pengkhianat dari dalam yang sanggup bersekongkol demi kepentingan peribadi," ujarnya menerusi laman Facebook pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya menerima laporan berhubung perkara terbabit semalam dan siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Iklan

Tambah Kamil, perkara ini menyentuh secara langsung soal kedaulatan dan maruah negara, dan tidak sekadar polemik atau rengekan biasa.

"Kita tidak mahu perkara sebegini dilihat sebagai helah politik," jelasnya.