Jurutera rugi lebih RM1.1 Juta terpedaya skim pelaburan tidak wujud

Iklan
Seorang jurutera berusia 36 tahun kerugian lebih RM1.1 juta selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang beroperasi secara dalam talian.

KUANTAN – Seorang jurutera berusia 36 tahun kerugian lebih RM1.1 juta selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang beroperasi secara dalam talian.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, mangsa mula berurusan dengan pelaburan tersebut selepas membuat carian di laman sesawang pada 3 Disember tahun lalu kerana berminat untuk belajar dan melabur.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa melakukan sebanyak 19 transaksi ke tujuh akaun bank berbeza, membabitkan jumlah keseluruhan RM1.163 juta.

"Pihak pentadbir platform memberikan pelbagai alasan bagi menghalang mangsa daripada mengeluarkan wang yang kononnya merupakan pulangan pelaburan melebihi RM4 juta.

Iklan

"Mangsa hanya menerima pulangan sebanyak RM15,032.53 sebelum tidak lagi dapat mengakses platform tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, wang pelaburan yang digunakan mangsa adalah daripada simpanan sendiri serta pinjaman daripada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Iklan

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Sehubungan itu, Yahaya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi.

"Buat semakan terlebih dahulu sebelum melabur, dan semak nombor akaun yang diberikan melalui laman web rasmi https://semakmule.rmp.gov.my,” katanya.