Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,910 orang petang ini

Iklan
Jumlah mangsa di Beaufort kekal 1,462 orang daripada 467 keluarga. Foto: Bernama

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 6,910 daripada 2,282 keluarga setakat 4 petang ini berbanding 6,732 orang daripada 2,293 keluarga tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan daerah Tenom menunjukkan trend peningkatan iaitu 5,246 orang daripada 1,741 keluarga berbanding 4,500 orang daripada 1,507 keluarga 8 pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Jumlah mangsa di Beaufort kekal 1,462 orang daripada 467 keluarga manakala Membakut pula berkurangan kepada 202 orang (74 keluarga) berbanding 441 orang (173 keluarga) pagi tadi," menurut kenyataan itu.

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Sipitang telah ditutup pada 12 tengah hari tadi selepas kesemua 329 orang daripada 146 keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

Iklan

Sebanyak 93 kampung di Beaufort masih terjejas banjir, Tenom (46) manakala Membakut (16).

Kesemua mangsa ditempatkan di 34 PPS yang dibuka sejak Rabu lepas menjadikan keseluruhan penduduk di 155 kampung di tiga daerah itu tidak dapat melakukan aktiviti harian masing-masing. - Bernama

Iklan