Pempengaruh dikompaun selepas tular video buang baju dalam Sungai Melaka

Iklan
Individu didakwa pemilik premis terbabit yang tular membuang baju di dalam Sungai Melaka baru-baru ini.

MELAKA - Sebuah premis pakaian yang terletak di bangunan merah, Jalan Laksamana, di sini, dikompaun RM500 selepas tular pemiliknya yang juga seorang pempengaruh bertindak membuang baju t-shirt di Sungai Melaka gara-gara berang pakaian dihasilkan didakwa telah diciplak.

Tindakan individu lelaki yang berusia 34 tahun itu, bukan sahaja menerima notis daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) malah turut dikecam oleh warganet selepas videonya tular di aplikasi TikTok sejak Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman, berkata, hasil laporan pihak penguat kuasa, ketika siasatan dilakukan di lokasi mendapati pemilik premis tiada semasa pemeriksaan dijalankan.

Menurutnya, namun, pihak berkuasa berjaya menghubungi individu terbabit yang telah mengakui perbuatannya itu dan memaklumkan bahawa ia dilakukan kerana marah terhadap isu dalaman berkaitan perniagaan.

Iklan

Malah katanya, pemilik turut memaklumkan bahawa insiden tersebut merupakan kali pertama berlaku, dan kesemua pakaian yang dibuang telah diambil semula dari sungai.

Pegawai penguat kuasa yang membuat siasatan di premis itu.

"Pegawai penguat kuasa bertugas telah mengeluarkan satu Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) di bawah Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Iklan

"Notis itu tindakannya membuang pakaian atau sampah ke tempat awam, iaitu di dalam sungai boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500," katanya ketika dihubungi di sini, pada.

Tambahnya, masyarakat diminta bersama-sama menjaga kebersihan negeri Melaka dan pelbagai kaedah lain boleh digunakan dalam menyuarakan kemarahan.

"Walaupun kami memahami betapa marahnya pemilik tersebut, tetapi ada kaedah lain jika nak tunjukkan kemaharan contoh buat baju tersebut dalam tong sampah," katanya lagi.

Terdahulu video berudarasi 13 saat mencetuskan kemarahan ramai yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit lebih-lebih lagi lokasi tersebut merupakan antara kawasan tumpuan pelancong di negeri bersejarah ini.