Maaf pemain, kalian tetap wira - Rezal Zambery
Iklan
Rezal Zambery
"SAYA mohon maaf kepada pemain atas kekurangan ini." Itu reaksi awal penolong pengendali Kelantan Darul Naim FC, Rezal Zambery Yahya menjelang perlawanan terakhir Liga Super, menentang pasukan berprofil tinggi Kuala Lumpur City FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini.
Malah, selepas mengharungi 23 perlawanan mengumpul tujuh mata - dua menang, satu seri, 20 tewas - mengumpul tujuh mata, jauh di sudut hati Rezal Zambery juga bekas pemain kebangsaan itu mengakui rasa tanggungjawab dan kepedulian tinggi pemain terhadap The Golden Deers faktor mereka masih berjuang bersama kelab pantai timur yang menghuni tangga ke-13 dalam kalangan kelab bertanding musim ini.
Iklan
Iklan
"Rasa tanggungjawab dan kepedulian tinggi terhadap pasukan Kelantan Darul Naim FC adalah kunci utama mereka dapat menghabis saingan Liga Super.
"Selain itu, Liga Super juga pentas kompetitif bagi pemain-pemain muda Kelantan Darul Naim mematangkan pemainan masing-masing bagi meneruskan karier bola sepak selepas ini.
Iklan
"Dan secara peribadi saya mohon maaf kepada semua pemain atas segala kekurangan ini, maaf pemain, kalian tetap wira," katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.
Pada masa sama Rezal Zambery juga berterima kasih kepada pemain-pemain yang memberikan komitmen terhadap pasukan berkenaan.
Iklan
"Saya respek komitmen setiap pemain yang masih bersemangat berjuang bersama Kelantan Darul Naim sampai ke hujung musim biarpun pasukan mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini dengan pelbagai masalah," katanya.
LIGA SUPER
AHAD (20 APRIL)
Sabah FC lwn Perak FC
(Stdm Likas, 9 malam)
Negeri Sembilan FC lwn Kuching City FC
(Stdm Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 9 malam)
Terengganu FC lwn Kedah Darul Aman FC
(Stdm Sultan Mizan Zainal Abidin, 9 malam)
Kuala Lumpur City FC lwn Kelantan Darul Naim FC
(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, 9 malam)
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Abu Bakar sedia terajui PFA, mahu pulihkan maruah Singa Utara"><meta itemprop="description" content="Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah menyatakan kesediaannya untuk memimpin Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) sebagai Presiden dalam usaha mengembalikan kegemilangan pasukan Singa Utara yang sekian lama menyepi daripada arena bola sepak tanah air, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Menurutnya beliau, misi untuk memulihkan semula imej dan prestasi bola sepak negeri yang pernah digeruni suatu ketika dahulu yang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2004 dan 2006 perlu dilakukan segera.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/764002/berita/sukan/abu-bakar-sedia-terajui-pfa-mahu-pulihkan-maruah-singa-utara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AbuBakar #PFA #SingaUtara #BolaSepak #Perlis"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-14T08:45:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Zq23u1fPrUoOuUvSX/x120"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xq514"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xq514"></script>